Saturday, 6 June 2015

Makanan Untuk Kesihatan Kulit

Kat sini saya nak share sikit mengenai makanan apa perlu kita ambil dan yang perlu kita elakkan bagi menjaga kesihatan kulit. Senaman bukan saja elok untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan tapi juga kesihatan kulit. Oleh itu, jangan kita jadikan bulan puasa ni sebagai alasan untuk berhenti dari melakukan rutin yang baik ini. Tapi selain bersenam, tubuh juga memerlukan nutrisi dalam memastikan kesihatan kulit tetap terpelihara terutama ketika berpuasa. Di sini saya sertakan beberapa makanan yang perlu diambil untuk memastikan kesihatan yang baik. Dalam masa yang sama turut saya senaraikan beberapa perkara yang patut uolls hindari.. ;)

APA YANG PERLU DIAMBIL :

Air

Kita seharusnya minum air putih secara rutin dengan kesesuaian keperluan badan kita. Anggaran kiraan adalah nisbah 15 kg bersamaan 1 liter air ( 15 :1) .  So cuba kira berapa air putih yang uolls patut kena minum untuk mendapatkan kesihatan kulit yang diinginkan. :)  Selain membantu menghindari masalah kulit seperti jerawat, air juga akan meneutralkan racun dalam sistem tubuh badan dan menjaga fungsi kesihatan buah pinggang.Kulit yang kekeringan atau kurang air akan kelihatan kering dan bersisik. Oleh itu, pengambilan air putih yang mencukupi dapat menghindari masalah tersebut. Sila ambil perhatian air putih yang sepatutnya diambil adalah air yang ditapis @ juga air alkali. Ini kerana air beralkali baik untuk badan kerana badan kita yang sihat adalah dalam keadaan natural.

Antioksidan 

Pada bulan puasa ni, kita perlu tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah yang berwarna oren dan kuning. Sebagai contoh, pengambilan lobak, betik, limau, mangga, lemon, aprikot dan sebagainya. Makanan ini kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang berperanan sebagai antioksidan. Vitamin A misalnya membantu dalam meneutralkan eleman - elemen asing yang berbahaya di dalam tubuh selain turut membantu melambatkan timbulnya garis - garis halus, kedutan , mencegah jangkitan dan memelihara keanjalan kulit. Vitamin C pula membantu dalam meningkatkan dan mempertahankan kandungan kolagen dalam tubuh sekali gus melambatkan proses kedutan pada wajah. Kumpulan buah beri seperti blueberry , blackberry, strawberi , bit, anggur merah dan sebagainya adalah antara buah - buahan yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi dalam membantu melambatkan proses penuaan serta membuatkan kulit tampak lebih bersinar dan sihat. Selain itu, pengambilan vitamin E secara berterusan juga langkah yang diperlukan bagi mereka yang inginkan kulit tampak bersinar secara semulajadi. Antara makan yang mengandungi vitamin E termasuklah brokoli, bayam, kacang hijau, asparagus, badam, kacang hazel,  ikan ,jagung, gandum dan banyak lagi . Ia juga membantu dalam mencegah keroskan sel selain menghalang pembentukan radikal bebas. Sumber antioksidan lain yang boleh kita peroleh adalah menerusi teh hijau. Pengambilan dua sudu teh hijau setiap hari dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan yang baik pada kesihatan tubuh dan kulit anda.


Sayuran Hijau 

Pengambilan sayuran hijau sekurang - kurangnya 50gm setiap hari seperti brokoli, taugeh , kubis , kangkung , kiwi , dan bayam. Sayuran ini amat kaya dengan zat besi dan antioksidan yang membantu dalam mencegah berlakunya kesan lebam di bawah mata selain baik untuk kesihatan serta melancarkan pencernaan memandangkan sayuran ini cukup kaya dengan serat.

APA PERLU DI HINDARI 

Makanan manis

Pengambilan coklat mahupun makanan yang terlalu manis antara faktor yang membantu menyebabkan berlakunya jerawat. Justeru, diet yang dilakukan dengan cara mengambil gula yang tinggi akan membuatkan tubuh lebih mudah diserang dan dijangkiti bakteria. Kesannya ia akan memburukkan lagi masalah kulit yang anda alami. Jadi daripada mengambil makanan yang banyak mengandungi gula, kita boleh gantikan dengan makanan lain seperti roti gandum atau gantikan gula pasir dengan madu.

MAKANAN PEDAS Dan BERGORENG

  Mengambil makanan bergoreng dan pedas dalan jumlah yang banyak akan menyebabkan kandungan asid dalam tubuh meningkat sekaligus menambahkan masalah pada kulit. Sebaiknya, gantikan dengan pengambilan rempah ratus seperti halia yang baik untuk pencernaan dan juga kesihatan kulit.

Pengambilan Kopi Dan Teh Berlebihan

  Seseorang yang mengambil terlalu banyak kafein terutama dalam minuman panas seperti teh, kopi, coklat dan apa jua minuman akan menyebabkan kulit tampak penat dan akan muncul masalah pada kulit. Sebaiknya minuman berkafein ini disejukkan terlebih dahulu sebelum diminum. Sebaiknya pengambilan kafein perlu dikurangkan dan memadai dengan mengambil sekurang-kurangnya 2 kali sehari atau lebih baik tukar dengan minuman yang memberi kesihatan pada kulit seperti teh hijau.

Merokok

Kandungan nikotin di dalam nya tidak dapat membantu menjaga kesihatan, sebaliknya merosakkan sistem tubuh badan seseorang. Ia turut menyebabkan kadar oksigen dalam tubuh berkurangan dan ini mempercepatkan proses penuaan pada kulit .