Sunday 26 April 2015

BUAH DELIMA DAN PATI DELIMA

  BUAH DELIMA DAN PATI DELIMA

          Assalamualaikum, dan selamat sejahtera pada pembaca sekalian, arini  saya nak cerita sikit mengenai khasiat buah delima yang kebanyakkan kita sudah tahu tentang buah delima. Tapi adakah kita sedar atau tahu tentang khasiat sebenar buah delima. Di sini saya sertakan beberapa khasiat buah delima dan juga pati delima untuk kita amalkan setiap hari. 


 KHASIAT BUAH DELIMA :

Buah Delima sudah terkenal dengan khasiatnya yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah : 

1 - Khasiat Buah Delima untuk Kecantikan Kulit

         Buah Delima mempunyai kandungan gula yang mampu bertindak sebagai bahan 'scrub' untuk menyingkirkan  sel - sel kulit mati pada badan kita. Hasilnya kulit kita akan kelihatan segar dan muda sepanjang masa. Selain itu, sumber asid folid dan antioksida dalam buah delima akan memberi kesan semulajadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semulajadi. Buah Delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat (ramai juga yang tidak mengetahui cara ni.) caranya mudah je.. lepas kita makan buah delima, kulitnya jangan dibuang tetapi dijemur kulit buah delima sehingga menjadi kejut dan kering. Kemudian kisar dengan blender tapi kalau rajin sesangat tumbuk sampai lumat sehingga menjadi seperti serbuk. lagi halus lagi bagus ;). kemudian boleh disimpan dalam bekas yang kering dan kedap udara.  Bila kita nak gunakan ambil sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..  Biarkan seketika pada wajah tunggu sehingga kering dan bolehlah basuh.

2 - Khasiat Buah Delima untuk Kesihatan 

              Kajian telah menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah kualiti antioksida juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

              Selain itu, buah delima juga dapat melindungi jantung kita menurut kajian yang dijalankan Proceeding of Sciences telah menyatakan bahawa jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak terlekat pada arteri. Di dalam Journal of Cardiology menyatakan bahawa penyakit koroneri (PJK) yang mengamalkan pengambilan buah delima setiap hari selama 3 bulan berturut - turut telah menunjukkan peningkatakan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebanyak 18%.

            Menurut penelitian dan kajian yang telah dijalankan di American Jounal of Clinical Nutrition bahawa buah delima dapat menurukan kadar kolesterol di dalam barah, antioksida dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL ( kolesterol jahat ) pada ujikaji tikus. Hal ini menunjukkan kadar LDL menurun tetapi menginkatkan HDL  ( kolesterol baik ) .

                Buah Delima dapat mencegah dan mengubati kanser kerana memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser. Jus / pati delima buag delima dapat menghancurkan sel - sel kanser p@yud@r@ dan dapat membiarkan sel - sel sihat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ini kerana, ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel - sel leukemia kembali menjadi normal. Buah delima juga membantutkan perkembangan kanser paru - paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian dan kajian terhadap 50 orang lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang telah minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA ( ukuran perkembangan kanser prostat ) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon. 

       Buah delima dapat mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer. Di dalam sebuah kajian yang dijalankan, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas - tugas mental yang lebih baik.

        Buah delima adalah sumber nutrisi, bagi sebiji buah delima memiliki sekitar 40% vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan buah delima ini juga mengandungi folat , serat , kalium. niasin dan vitamin A dan E. 

3 - Khasiat Buah Delima untuk Ibu Mengandung

       Buah Delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran di dalam sebuah kajian dalam Pediatic Research menyatakan dengan minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi yang baru lahir. Jus buah Delima sesuai diamalkan untuk ibu yang mengandung kerana dapat membantu melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Buah delima merupakan buah yang terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tuib saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit - langit bibir sumbing pada bayi. Di samping itu, jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

TIP MEMILIH BUAH DELIMA :  

  Ketika kita nak beli buah delima , pilih buah delima yang berat dan kulit bersih tanpa ada rosak dan kulit tak merekah. Buah delima ini boleh tahan selama 6 bulan kalau kita simpan dalam peti sejuk.. Untuk nak makan buah delima terlebih dahulu sememangnya kena kopek kulit dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau 4 bahagian. Dan  silalah mula aktiviti mengutil isi buahnya ke dalam pinggan atau mangkuk. Selamat menikmati keenakkan buah delima... ;) 

Di sini di sertakan sedikit fakta mengenai buah delima ni...;   

FAKTA BUAH DELIMA 

       Delima atau Punica Granatum adalah sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh dan boleh membesar sehingga ketinggian 5 hingga 8 meter . Buah delima ini berasal dari Asia Barat ( kawasan sebahagian Arab ) di tanam secara semulajadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi. Delima juga turut ditanam secara meluas di Afghanistan , Algeria, Armenia , Azerbaijian , Iran , Iraq , India , Pakistan , Syria , Turki serta kawasan lebioh kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia , India Timur, dan kawsan Tropika di Afrika. Delima ini dibawa masuk ke Amerika Latib dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769 dan kini ditanam di sebahagian Arizona untuk pengeluaran jus. Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei. Saiz buah delima matang sekitar 7 - 12 sentimeter bergantung kepada pelbagai jenis dengan bulat heksagon. Delima adalah berkulit tebal dan berwarna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar. Pada sebiji buah delima terdapat kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar. Pada sebiji buah delima terdapat sekitar 700 - 800 benih biji padat dipanggil arils yanh berwarna merah.